Apakah gambar diatas ini?
Ia adalah sejenis permainan yang dikenali sebagai teng-teng. Kebiasaannya permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan kerana permainan ini tidak begitu lasak.
Permainan ini hanya memerlukan di gelanggang yang kecil sahaja.
Teng-teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak yang terdiri daripada dua hingga empat orang sahaja. Sekiranya lebih,ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk bermain kerana gelanggang teng-teng hanyalah bersaiz kecil sahaja. Dibawah ini merupakan gelanggang teng-teng :)
Dikawasan kampung, gelanggang dibuat dengan hanya mengoreskan nya di atas tanah manakala di kawasan perumahan yang tidak mempunyai halaman kapur bertulis akan digunakan untuk dilukis di atas jalan bertar. Ada sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang.
i) membina rumah
Bagi membina rumah pemain perlulah berdiri membelakangkan kesemua petak di garisan permulaan dan mencampakkan kedalam mana-mana petak dan disitulah kedudukkan rumahnya. Sekiranya gundu yang dibaling terkena diatas garisan maka pemain tersebut dikira kalah. Setiap pemain haruslah memijak kedua-dua belah kaki di petak rumah dan tidak dibenarkan memijak petak rumah lawan. Sekiranya pemain memijak atau lupa maka ianya dikira kalah.
ii) Pemenang: Pemenang di kira berdasarkan jumlah rumah terbanyak yang dapat di kumpulkan oleh pemain.
iii) Pemati : Pemain dikira mati sekiranya buah dilontar atau kaki terkena pada garisan petak. Pemain juga dianggap mati apabila memijak dua belah kaki serentak kedalam sayap.
iv) Produk yang syarikat kami keluarkan ini dapat berhubung dengan tab atau telefon pintar dengan mengimbas QR kod di telefon masing-masing untuk memilih antara permainan dan pembelajaran.
v) Setelah mengimbas QR kod tersebut, muaturun aplikasi permainan tersebut. Untuk permainan , kita akan imbas paparan iteng-teng tersebut untuk memulakan permainan.
vi) Selain dari permainan, pelanggan juga boleh memilih untuk belajara matapelajaran matematik seperti operasi tambah, tolak, bahagi dan darab.
HARGA : RM 129.00